Wednesday, December 21, 2011

Assalammualaikum Iman Surfina


Bismillahirrohmannirrohhim
Assalammualaikum,

Dijadikan siang utk kita berusaha utk rezeki Allah, dijadikan malam utk kita berusaha utk rahmat Allah & berehat utk berusaha lagi esok disiangnya hari. Kejadian hidup & mati salah satu juga aturan kitaran Allah seperti mana siang & malam. Kenyataannya yg sering kita tidak sedari & ketahui adalah umur kita bukan kerana panjangnya waktu & sihatnya tubuh badannya tetapi ianya adalah tanda dari Allah Ta'ala yg masih ada tanggungjawap kita yg belum selesai. Peranan kita didunia sangatlah tidak ternilai hingga Allah tiada rasa utk meletakkan tarikh luputnya supaya kita berusaha tegar bersungguh-sungguhnya demi rahmat & keberkatannya. Semoga tugasan kita semua selesai yg sebaik-baiknya agar ianya bakal bermanafaat buat semua jiwa hingga akhir waktu.

buat Muhammad Aiman, Muhammad Ariff & Iman Surfina
Insyaallah, Ayah tegar berusaha utk mama & kamu semua, semoga Allah mempermudahkan & melancarkan usaha Ayah hingga kelak tiba akhir masa. Do'a supaya bila sampai waktunya, segalanya selesai dgn sempurna & tidak tertinggal cacat cela mengundang hina. Jadilah insan yg sentiasa berusaha utk memperbaiki utk bahagia jiwa & raga. Moga Allah sentiasa melindungi & memberkati usaha kita semua. Sesungguhnya Allah maha mengetahui & mengasihani.

Assalammualaikum & Selamat datang Iman Surfina, 
Allah selamatkan kamu selama-lamanya.

Future is Now

Tuesday, November 15, 2011

38

Bismillahirrohmannirrohhim
Assalammualaikum,

In life it is not about getting everything what you want but always something that you're really need. For good or worse..it is what as it is meant for you..maybe now or later for your future. "Jgn berburuk sangka dgn Allah"  Sebab santapan jiwa, rohani juga jasmani tidak jaya capai sempurna, rajuknya bawa hingga keujung muka. Memanglah sakitnya hati tambah pula dgn kipas bara api bisikan jahat setan dalam jiwa buat dugaan untuk tampil lebih mampu matang dalam bertindak baik dgn berbicara & alun jasad berbahasa. Dihari ketahunan ke 38 ini, Semoga Allah mempermudahkan segalanya & agar Jiwa, Rohani & Jasmani sentiasa dlm lindungannya.

Allah Selamatkan Kita Semua
Future is Now

Friday, November 4, 2011

Marah la Sgt

Bismillahirrohmannirrohhim
Assalammualaikum,

MARAH ITU KEBURUKAN AKHLAK! Org yg MARAH = Org yg x REDHA atas apa2 telah terjadi pd nya tetapi Org yg LAMBAT MARAH tapi CEPAT OK adalah spesis kesukaan Nabi sbb Spesis ini sentiasa mencari jalan utk memaafkan org lain dahulu + Org yg hebat bila Org itu berguna pd Org lain. iKIM FM am.


Minggu ni mmg hari ujian kesabaran. Serba x menjadi & x kena, Lepas satu, datang pula satu yg lain mencabar akhlak. Dari Peti Hiburan hampir/sedia terima HD tetiba COMA - OMG! sampailah puak Yahudi Kuning baik yg masih budak yg  x pandai2 cebuk hinggalah yg tua x pernah reti2 nak mandi pagi & memang x mau cebuk sampai mampus..lah yg paling ramai dalam berpusu-pusu dlm memburukkan & merosakkan akhlak berusaha untuk cantik ini. X pasal yg kecik sgt bijak sampai tangan tersepit power window- AUWW! ayah diaorg yg angin sampai merah telinga & muka. Yg tergolek dari backseat la pulak x kira lagi + dgn yg bertuah berusaha menjadi Mc Gyver menjahanamkan vacum mama...Adoihai mcm-mcm ujian. 

Alhamdulillah, Syukur kerana masih dipelihara Allah Ta'ala  agar beringat & perlu lebih bersabar & menjaga hati & bicara. Semoga Allah mempermudahkan segala urusanku & semua hamba2 nya.

Hikmah hari ni, sabar itu separuh dari iman & ianya berbaloi. Peti Hiburan aktif kembali setelah berjalan makan angin kurang 2jam. Vacum terselamat dari senarai pelupusan setelah diMc Gyverkan mama.

Future is Now

Hana Tajima Simpson

Bismillahirrohmannirrohhim
Assalammualaikum,


I came to Islam in a really natural way

Future is Now

Thursday, November 3, 2011

Khutbah Terakhir Rasullullah

Bismillahirrohmannirrohhim
Assalammualaikum,


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang."Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. 

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh."Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku."Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu." 
(via Otad Yrkuys)

Future is Now

Saturday, October 15, 2011

Full NOT Half

Bismillahirrohman nirrohhim
Assalammualaikum,

LOVE is not about you being my other half. LOVE is all about I AM ALL YOURS 

Future is Now

Tuesday, October 4, 2011

Lelaki Mampu Matang

Bismillahhirrahmannirohhim
Assalammualaikum,

Eloklah difikir-fikirkan yg baik-baik sahaja sebelum terfikirkan buruk sesuatu perbuatan. Yg Esa, keputusannya tidak patut diburuk pandang & disalah ertikan. Jgn kita sesekali berburuk sangkanya. Sebaiknya, hati harus redha yg DIA lah yg Esa. Pencipta sebaik kejadian & yg mengetahui apa yg tidak diketahui.

Berdua lebih baik & hakikatnya insan dijadikan berpasangan. Pelengkap sesama satu yg lain. Post kali ni mungkin agak lain dari sebelumnya. Musim berkeluarga datang meriah bersama Syawal berhari raya. Mungkin kali ini sahaja bersifat lebih nyata tidak seperti ulasan biasa. Pada yg baru mahu mengikat & terikat dgn pasangan, TAHNIAH! keputusan yg SGT BIJAK! Langkah bijak utk menyuci jiwa & raga. Moga berakhir manis mula dimuka bumi, bermula indah di Syurga, Insyaallah.
Namun...
Dari awal lagi kita selalu sahaja salah erti akan niat setiap amalan kita selama ini. Manusia hanya mahu yg baik yg mana dipandang baik  pdnya sahaja. Hati insan lebih suka akan kecenderongan pd kejadian & kewujudan buruk & jahat pd setiap amalan. Paling mudah utk dipercontohkan iaitu amalan MAS Kahwin & Belanja Majlis. Dikatakan bagai mahu dijualkan anak gadis dgn nilai yg terletak. Jgn jadi BODOH! wahai bakal penghulu keluarga hebat. Anak Gadisnya tidak ternilai oleh nilai dunia. Itu UJIAN semata tentang KEMAMPUAN jantanmu mempamerkan kebolehan & kemampuan kamu menjadi KETUA keluarga yg bakal kamu bawa & bentuk utk HEBAT. Mampu kah kita bukan didepan Bakal Mertua tapi juga didepan Ibu Bapa yg punya harapan besar anak hebat mampu MATANG lagi cemerlang dunia & akhirat. 

Lelaki yg HEBAT adalah yg mampu MATANG. Ibu Bapa tidak disusahi utk dianya perolehi bahagia. Bakal mertua juga tidak ada ragu atau sangsi dgn kemampuan & kebolehan diri bakal penyeri hati permata hati & juga hati mereka nanti. Insyaallah, MAMPU BAHAGIA. Pada yg telah, sedang & bakal berumahtangga, TAHNIAH! sekali lagi. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan & niat yg baik kamu semua. Jgn ditakut pd yg PASTI cipta BAHAGIA. Janji yg ESA, bakal perolehi Syurga dlm JIWA & RAGA. Jgn dicari punca derita dari buruk sangka hati gelap oleh jiwa yg belum sedia matang. Fikirkanlah yg BAIK-BAIK sahaja agar baik lah bakal menjelma utk semua. SELAMAT menjalani UJIAN ini & seterusnya hingga akhir waktu. LULUS semuanya dijanjikan yg ESA akan BAHAGIA. Jgnlah Kita berhenti mencuba & berusaha. 

SELAMAT PENGANTIN BARU & SELAMAT BERCINTA UTK CINTA AGUNG YG MAHA ESA HINGGA AKHIR WAKTU. Amin

Future is Now